top of page

Keris | Pemberian Nabi Ibrahim Kepada Qaturah

  • Writer: Khersonese
    Khersonese
  • Aug 28, 2020
  • 2 min read

Keris, kian terasing dan tenggelam dari bangsa pemiliknya . Pusaka agung ini merupakan pemberian salah seorang daripada lima orang rasul Ulul Azmi . Rasul yang dimaksudkan ialah Nabi Ibrahim AS . Kisahnya , Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan dengan wahyu Ilahi, agar anak-anak dari isteri ketiga baginda, Qaturah mengembara ke timur supaya bumi ini dimakmurkan oleh keturunan Nabi Ibrahim AS. Mereka ini disebut sebagai orang Al-Jawiyyun oleh At-Tabari. Baginda juga berwasiat bahawa hanya seorang sahaja dari anak-anak Qaturah yang tidak perlu berpindah ke timur iaitu Madyan .



Salah satu lembah di Madyan, Pakistan

Menurut catatan At-Tabari, Nabi Ibrahim mempunyai enam orang anak dari Qaturah, iatitu Zimram, Yoksan, Madan, Madyan, Isbak dan Suah . Nabi Ibrahim telah memberi sebilah senjata kepada anak-anak ini. Tidak dapat penulis pastikan siapa daripada enam orang anak ini , yang menerima senjata tersebut. Sebilah senjata yang dimaksudkan ini ialah keris .



Contoh gambar keseluruhan komponen keris

Bahagian-bahagian Keris


Sarung keris

Merujuk gambar di atas , merupakan sarung keris . Sarung keris terdiri daripada tiga bahagian iaitu sampir, batang serunai dan kasut . Terdapat falsafah disebalik penstrukturan bahagian sedemikian. Menurut penceritaan orang-orang terdahulu, bahagian-bahagian keris ini merujuk kepada alam-alam yang wujud iaitu sampir sebagai alam atas, batang serunai sebagai alam tengah dan kasut sebagai alam bawah. Kedudukan alam ini merujuk kepada Alam Malaikat, orang-orang soleh merujuk kepada alam atas, Alam Manusia merujuk kepada alam tengah dan alam bawah merujuk kepada Alam Jin.



Merujuk gambar di atas, pemegang bilah keris juga dikenali sebagai hulu. Keseluruhan badan pada bilah keris merupakan senjata. Terdapat kelawang dan akut disisi atas bilah keris yang membawa maksud-maksud dan fungsi-fungsi tertentu pada penghasilannya. Nombor-nombor yang terhasil pada gambar tersebut menunjukkan bilangan lok yang terhasil pada bilah keris. Kebiasaannya, bilangan lok ini berakhir pada bilangan ganjil seperti tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Hal ini berkait dengan falsafah iaitu manusia tidak sempurna, maka lebih molek dengan nombor ganjil. ‘Kad Pengenalan’ Melayu Silam Bernilainya harga sebilah keris ini mampu mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia, bergantung pada bahan-bahan logam yang digunakan, ukiran pada hulu dan sarung keris dan lain-lain lagi. Nenek moyang kita dahulu sanggup menggadai emas, dan tanah hanya untuk mendapatkan sebilah keris. Keris mempunyai pelbagai kegunaan antaranya seperti pertahanan diri, perhiasan, barangan pusaka, persilatan dan sebagainya. Pada keris itu sendiri terdapat pelbagai jenis reka bentuk yang unik, menggambarkan identiti seseorang itu. Misalnya, sarung keris yang bersalut dan berhiaskan emas atau perak, kebiasaannya milik sultan, para pembesar dan bangsawan yang membezakan kedudukan ataupun kasta mereka dalam sesebuah masyarakat. Sampir dan hulu juga, mempunyai reka bentuk yang tersendiri untuk menggambarkan dari mana asal-usul Si Pemilik keris tersebut.



Hulu Jawa Demam

Hulu Tapak Kuda

Kesimpulannya, keris bukan sekadar sebagai alat pertahanan diri, malah digunakan sebagai alat pengenalan diri, dan status individu dalam sesebuah masyarakat. Penulis akhirkan kalam dengan satu persoalan, mengapa nenek moyang kita dulu-dulu, sanggup menggadai tanah dan emas semata-mata untuk sebilah keris? Rujukan :

Progerak. (2018, February 17). Keris asal dari Nabi Ibrahim A.S? Retrieved August 28, 2020, from https://www.facebook.com/PersatuanProgerak/videos/1785059828191289

Majid, M. (2019, November 26). Jenis keris, hulu keris dan pantang-larang. Retrieved August 27, 2020, from https://melakakini.my/jenis-keris-hulu-keris-dan-pantang-larang/

Malayonesia: Suatu Pencerahan Prof Madya Dr. Mat Rofa https://www.youtube.com/watch?v=sTLtcaUKVRM


Comments


Commenting on this post isn't available anymore. Contact the site owner for more info.
Post: Blog2_Post
bottom of page