top of page

Pedang Qala'i | Pedang Tempaan Kedah Tua Milik Baginda SAW

  • Writer: Khersonese
    Khersonese
  • Sep 4, 2020
  • 2 min read

Pedang merupakan alat pers3nj4taan utama sejak berzaman. Setiap siri p3p3rangan zaman terdahulu, pedanglah yang digunakan sebagai s3nj4ta yang menzahirkan kemegahan, dan kekuasaan seorang Penguasa dan ketua angkatan p3r4ang. Pedang juga, ada yang tujuannya khusus untuk perwarisan dan digunakan untuk pertahanan diri jika perlu. Sebagai contoh, Pedang Cura Si Manja Kini yang diwarisi oleh Sultan Perak ketika ini daripada Almarhum Sultan Mudzaffar Shah iaitu Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528. Semenjak itu, Pedang Cura Si Manja Kini menjadi antara alat kebesaran penting bagi negeri Perak sehingga hari ini.



Baginda Sultan Perak bersama Pedang Cura Si Manja Kini

Nabi Muhammad SAW juga memiliki koleksi pedang, sembilan bilah pedang menurut pembacaan penulis. Nama-nama pedang tersebut, antaranya al-Ma’thur al-Fijar, al-Adb, Dhu al-Faqar, al-Battar, al-Hatf, al-Mikhdam, al-Rasub, al-Qadib dan al-Qala’i. Dalam senarai pedang tersebut, terdapat sebilah pedang yang sering menjadi topik hangat perdebatan mengenai kajian asal-usulnya, lanjutan sejarahnya dan sebagainya. Pedang yang dimaksudkan ini ialah pedang al-Qala’i.



Pedang Al-Qala'i

Pedang Qala’i ini diiktiraf sebagai pedang yang terbaik oleh bangsa Arab pada zaman silam. Pedang Qala’i ini sangat unik dan istimewa berbanding pedang yang lain kerana pedang ini ditempa berasaskan teknik pamor seperti keris iaitu ditempa dengan pelbagai jenis besi untuk menghasilkan sebilah pedang tersebut.


Menurut catatan al-Idrisi, seorang ahli geografi Arab pada zaman kekhalifahan Abbasiyah, ada menyatakan dalam kitabnya al-Rujjar, pedang Qala’i ini berasal dari Qala’a iaitu Kedah Tua. Kaitan yang mengukuhkan catatan tersebut dengan alam Melayu adalah dengan penemuan semula loji-loji pemprosesan besi purba di Sungai Batu dan Lembah Bujang. Bukti ini disahkan oleh al-Idrisi dan Abu Dulaf, seorang pengembara dari Bukhara. Menurut penilitian dan kajian terkini mengenai Sungai Batu, mendapati bahawa Sungai Batu telah wujud seawal 400 tahun sebelum Masihi lagi. Lebih kurang 900 tahun sebelum lahirnya Baginda SAW di bumi Makkah.



Tapak Arkeologi Sungai Batu

“Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari Bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang idak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang Qala’i ...”

-Abu Dulaf, 940 masihi



Salah Satu Candi Lembah Bujang

Pedang ini merupakan harta rampasan perang atau juga dikenali sebagai harta ghanimah dari Bani Qainuqa’. Bani Qainuqa’ merupakan satu daripada tiga suku Yahudi yang menetap di Madinah pada ketika itu. Ada juga riwayat-riwayat lain seperti daripada at-Tabari, al-Azraqi dan al-Fakihi, menyatakan bahawa Abdul Muttalib, datuk baginda SAW telah menemui dua patung kijang yang diperbuat daripada emas bersama sebilah pedang Qala’i semasa menggali telaga air zamzam. Barangan tersebut telah ditanam ketika zaman selepas Nabi Ismail, setelah mendapat alamat melalui mimpi. Wallahu a’lam

Rujukan :

Pedang Yang Pernah Dimiliki Parameswara Kini Diwarisi Sultan Perak. Retrieved September 03, 2020, from https://www.orangperak.com/pedang-yang-pernah-dimiliki-parameswara-kini-diwarisi-sultan-perak.html


Yadim.(2016, August 29). SEMBILAN PEDANG RASULULLAH SAW. Retrieved September 03, 2020, from https://www.yadim.com.my/v2/sembilan-pedang-rasulullah-saw/


Qala'i: "The King of All Swords". Retrieved September 03, 2020, from http://historianlodge.historiansecret.com/?p=611


Darul. (1970, January 01). Qala'i: "The Sword of Last Prophet". Retrieved September 03, 2020, from http://darul-muttaqin.blogspot.com/2015/09/qalai-sword-of-last-prophet.html



コメント


この投稿へのコメントは利用できなくなりました。詳細はサイト所有者にお問い合わせください。
Post: Blog2_Post
bottom of page