Penyelamat Manuskrip Melayu
- Khersonese
- Aug 20, 2020
- 2 min read
Updated: Nov 1, 2020
Ibrahim lahir di Kedah pada tahun 1780 . Beliau merupakan anak bongsu kepada seorang saudagar yang terkenal dalam kalangan komuniti Selatan India Chulia . Saudagar tersohor ini bernama Hakim Long Fakir Kandu . Ibrahim dan abangnya , Ahmad bekerja sebagai penyalin untuk British . Walau bagaimanapun , mereka tidaklah bekerja bersama – sama d bawah satu syarikat . Ahmad bekerja untuk saudagar British yang bernama Robert Scott manakala Ibrahim bekerja dengan Thomas Stamford Raffles .
Pada tahun 1810 , Ahmad telah berlayar ke Bengal , di mana bertapaknya syarikat yang dikendali Scott dan menyalin Hikayat Perintah Negeri Benggala . Secara kebetulan , pada tahun yang sama , Ibrahim juga telah mula berlayar tetapi destinasi beliau ialah Calcutta , bersama – sama dengan majikan beliau , Raffles . Ibrahim telah mengikut majikannya ke sebuah perjumpaan di Rumah Kerajaan pada 15 September 1810 . Kehadiran Ibrahim telah memukau seorang pelukis wanita Scottish , Maria Graham .
Bak terkena cinta pandang pertama , Maria seraya berkata
“ Figura yang paling menonjol dalam kumpulan tersebut ialah Munsyi Melayu yang dibawa oleh Dr Leyden ke majlis ini . ”

Lukisan Ibrahim yang dilukis Maria telah diabadikan pada muka depan kulit buku beliau yang berjudul , Journal of a Residence in India ( 1812 ) . Ibrahim yang berumur 30 tahun pada ketika itu , dudk bersila , memakai surban , jaket , berkain pelikat tenunan India , memakai pending di pinggang , memegang sebuah kotak tembakau yang diperbuat dari perak di tangan kanannya dan meletakkan keris di bahagian kirinya .
Aktiviti penyalinan manuskrip oleh Ibrahim bersama ahli kumpulannya yang lain terdiri daripada 6 orang ini di bawah kendalian Raffles . Antara manuskrip yang disalin ialah Hikayat Parang Puting , yang mengisahkan pengembaraan seorang budak miskin yang merupakan anak kepada Puteri Langkam Jaya . Manuskrip ini tamat disalin pada 29 Syawal 1220 bersamaan 20 Januari 1806 .
Pada tahun yang sama juga , Ibrahim turut menyalin Hikayat Mesa Tandraman yang mengisahkan sebuah ceritera jawa yang melibatkan dua adik – beradik dewa yang bernama , Sang Dermadewa dan Dewa Kisna Indra . Aktiviti penyalinan ini tidak tamat di situ . Manuskrip seterusnya yang disalin ialah Hikayat Isma Yatim , Syair Silambari dan juga sebahagian dari manuskrip Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin .
Rujukan :
Ibrahim: Portrait of a Malay scribe. (n.d.). Retrieved August 20, 2020, from https://britishlibrary.typepad.co.uk/asian-and-african/2015/01/ibrahim-portrait-of-a-malay-scribe.html?_ga=2.159730164.834427091.1597893732-4313030.1597893732
Comments